
Jiran paling dekat, malah dahulunya adalah sebahagian Tanah Melayu iaitu Singapura, seolah-olah telah mengiystiharkan peperangan dengan Malaysia. Daripada isu Pulau Batu Putih, Isu Jambatan Indah, Tarian Pendet dan yang terkini buku tulisan Barry Wain bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," telah mencetus isu untuk menggoncang politik Malaysia. Singapura seolah-olah baling batu sembunyi tangan dalam semua hal.
Adalah diharap semua rakyat Malaysia terutamanya bangsa melayu, tidak mudah melatah dengan semua gangguan ini. Masalah dalam negara biarlah kita selesaikan sendiri. Singapura juga banyak kelemahan dalam pemerintahan, tetapi cuba menutup semua masalah tersebut dengan mengalihkan pandangan kepada negara lain. Inilah contoh negara yang tidak kenang budi. Singapura sememangnya dalam usaha untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia, contoh yang paling ketara ialah tindakan pemimpin Singapura yang menyokong pembangkang di Malaysia. Semasa kemenangan Pakatan Rakyat di beberapa buahh negeri pada Pilihanraya ke-12, Pemimpin Singapura telah membuat kunjungan di negeri-negeri tersebut. Malah Lee Kuan Yew juga membuat kunjungan ke Malaysia, berjumpa dengan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Nik Aziz, tetapi tidak berjumpa dengan Perdana Menteri. Tindakan ini seola-olah mencampuri urusan dalaman negara.
Berbeza dengan sikap Malaysia dalam berurusan dengan konflik di Selatan Thai. Pemimpin Malaysia lebih tahu menghormati kedaulatan sebuah negara. Berbincang dengan Perdana Menteri Thailand dalam penyelesaian konflik tersebut, dan bukan hanya berjumpa dengan ketua pejuang Islam di Selatan Thai. Tahniah kepada Pemimpin Malaysia. Oleh yang demikian adalah wajar Singapura perlu pelajari lebih banyak adab berjiran semoga rantau ini akan menjadi lebih aman.
Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menjaga kedaulatan negara kita daripada dicerobohi dari pelbagai sudut, sama ada dari segi fizikal, mahupun minda. ADALAH DIHARAP AGAR KEMENTERIAN DALAM NEGERI MALAYSIA DAPAT MENGHARAMKAN PENYEBARAN BUKU TULISAN BARRY WAIN "MALAYSIAN MAVERICK: MAHATHIR IN TURBULENT TIMES" PENULISAN BUKU INI SEOLAH-OLAH MENGHINA RAKYAT MALAYSIA, SEOLAH-OLAH KITA TIDAK TAHU MENILAI PEMIMPIN KITA SENDIRI.
Sesungguhnya kesilapan Malaysia yang paling besar ialah membiarkan Lee Kuan Yew berkuasa di Singapura. Jika ini tidak berlaku, sudah tentu banyak konflik lain tidak akan timbul seperti Tarian Pendet, Jambatan Indah, Penulisan Buku yang menghina pemimpin Malaysia dan pelbagai lagi konflik lain. Adalah wajar kenyataan Allahyarham Tun Dr. Ismail, supaya Lee Kuan Yew sepatutnya disumbat dalam penjara.
Marilah kita bersama-sama membangunkan negara kita yang tercinta demi mendaulatkan agama, bangsa dan negara.