Friday, March 1, 2013

DEMOKRASI


DEMOKRASI


| Permalink | Comments (219) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Pengasas-pengasas negara kita Malaysia telah pilih sistem demokrasi untuk politik dan pentadbiran negara kita.

2. Ini bukanlah sistem asli kita. Sistem kita ialah sistem Raja berkuasa mutlak (absolute monarchy). Tetapi oleh kerana Raja tanpa sokongan rakyat begitu lemah sehingga terpaksa serah negeri-negeri mereka kepada British, maka rakyat telah bangun pada 1946 untuk menebus balik negeri-negeri Melayu bersama Raja dan meneruskan peranan politik mereka melalui Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

3. Demokrasi memberi kuasa kepada rakyat untuk mentadbir negara mereka sendiri. Adalah dipercayai rakyat tentu bijak dalam pemilihan pemimpin mereka. Mereka tentu tidak akan pilih orang yang ternampak jelas akan rosakkan negara mereka dan membinasakan mereka.
4. Kematangan orang Melayu dalam selok-belok demokrasi diperlihat pada pemilihan ahli Badan Perundangan Persekutuan (Federal Lagislative Council) pada tahun 1955. Walaupun 80% daripada pengundi adalah orang Melayu dan hanya sebilangan kecil kawasan-kawasan mempunyai majoriti bukan Melayu, pengundi Melayu rela mengundi calon Perikatan bukan Melayu supaya British dapat lihat kesanggupan orang Melayu korban peluang diri mereka dan bekerjasama dengan bukan Melayu. Dengan itu maka berjayalah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

5. Pencapaian Pilihanraya 1955 dan kefahaman demokrasi oleh UMNO telah dicerminkan sebelumnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati pada 1951.

6. Di masa orang Melayu mula bergerak dalam bidang politik dan timbul keperluan untuk mengadakan satu pertubuhan bagi mengumpul tenaga mereka, mereka ketandusan pemimpin yang berwibawa. Mereka irihati melihat Indonesia dengan Sukarno-nya, dengan Mohd Hatta-nya, pemimpin-pemimpin yang berkarisma yang disanjung oleh semua rakyat Indonesia, yang terkenal diseluruh dunia.

7. Orang Melayu tidak punyai pemimpin yang begitu hebat. Mereka mencari-cari dengan hati yang berat.

8. Alangkah leganya mereka apabila dapat dikenal pasti seorang orang Melayu yang berkaliber, yang punyai latar belakang perjuangan yang berani.

9. Dato Onn Jaafar adalah orang berprinsip dan tegas. Apabila dia tidak bersetuju dengan sesuatu yang bertentangan dengan prinsipnya dia sanggup berhenti kerja dengan Kerajaan Johor dan membuat kerja sendiri. Dia memang seorang nasionalis. Tidak hairanlah yang dia muncul sebagai pemimpin Melayu yang cemerlang dan layak diterima oleh orang Melayu dari semua negeri-negeri Melayu sebagai pemimpin nasional bangsa Melayu.

10. Dia telah buktikan kebolehannya dengan membentuk pertubuhan politik Melayu yang sah dan pertama di Malaya. Di bawah panduan dan pimpinannya, sistem demokrasi dipilih bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, atau Perkembar yang kemudian lebih terkenal sebagai UMNO (United Malays National Organisation).

11. Dibawah pimpinan Dato Onn, UMNO bersama Raja-Raja menentang Malayan Union ciptaan British sehingga Malayan Union terpaksa digugur.

12. Persekutuan Tanah Melayu yang mengganti Malayan Union dan mengembalikan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja berperlembagaan adalah sumbangan Dato Onn yang amat tinggi nilainya kepada orang Melayu. Semua orang Melayu menyanjung tinggi kejayaan kepimpinan Dato Onn Jaafar.

13. Amat malang sekali putar belit oleh British telah berjaya mempengaruhi pemimpin Melayu yang ulung ini dan dia telah terima saranan British supaya membuka keahlian UMNO kepada semua kaum.

14. Pengaruh Dato Onn memang kuat tetapi tidak mencukupi untuk menukar prinsip dan pemikiran orang Melayu pada masa itu. Walaupun ada pemimpin tinggi UMNO yang bersetuju dengan Dato Onn, tetapi majoriti tidak bersetuju.

15. Persaingan diantara Dato Onn berserta rakan-rakannya dengan pemimpin-pemimpin lain yang diketuai oleh Dato Abdul Razak bin Hussein dilakukan dengan tertib, mengikut semua prinsip-prinsip demokrasi. Tidak ada kempen yang kotor. Masing-masing terdorong dan berpegang teguh kepada kepentingan orang Malayu dan negara Melayu. Tidak ada kepentingan diri yang ditunjukkan, samada oleh Dato Onn atau Dato Abdul Razak Hussein yang tidak bersetuju dengannya.

16. Prinsip demokrasi dipegang kuat oleh kedua-dua pihak. Menganggap penolakan cadangannya sebagai usul tidak percaya maka Dato Onn meletak jawatan.

17. Tetapi kumpulan pimpinan Dato Razak tidak berebut-rebut untuk mengganti Dato Onn sebagai Yang di-Pertua UMNO walaupun ada seorang dua yang berminat. Sebaliknya kerana mengutamakan perjuangan parti untuk Bangsa, Agama dan Tanahair, mereka rela mencari calon daripada luar kumpulan mereka.

18. Yang mereka pilih ialah Tunku Abdul Rahman Putra, yang pernah menyokong Saberkas, satu daripada pengasas UMNO. Tunku tidak terlibat secara langsung dengan penubuhan UMNO atau aktiviti-aktiviti politik UMNO. Namun semangat nasiolisma belau tidak boleh dipertikaikan.

19. Pencalonan Tunku sebagai Yang di-Pertua UMNO mendapat sokongan daripada hampir semua ahli dan pemimpin UMNO. Tidak ada tekanan oleh mana-mana pihak supaya Tunku diterima dan tidak ada apa-apa kempen untuk memburuk dan menolak namanya. Peralihan jawatan daripada Dato Onn kepada Tunku berjalan dengan licin dan tenang. UMNO selamat dan terus mendapat lebih banyak sokongan daripada orang Melayu.

20. Penerimaan Tunku akan jawatan Yang di-Pertua UMNO dan pelepasan jawatan berkenaan oleh Dato Onn bukan kerana keinginan untuk menjadi Ketua Menteri atau Perdana Menteri. Tindakan kedua-dua mereka disebabkan oleh perbezaan pendapat berkenaan dengan cara untuk menjayakan pejuangan, cara mencapai kemerdekaan untuk negara. Kepentingan diri atau cita-cita besar bagi diri sendiri tidak termasuk dalam perhitungan pemimpin besar Melayu ini. Mereka adalah patriot yang sebenar yang sanggup mengamalkan demokrasi walau apa pun akan terjadi pada diri sendiri.

21. Pada tahun 1971 sekali lagi kita ditunjuk pegangan Tunku yang kuat akan prinsip-prinsip demokrasi. Menyedari bahawa sokongan kepadanya sudah berkurangan, Tunku telah tarik diri daripada jawatan Yang di-Pertua UMNO dan sekaligus Perdana Menteri Malaysia. Dengan itu Tun Razak telah dicalon dan dipilih sebagai Yang di Pertua UMNO yang baru. Tunku tidak cuba mengekalkan kedudukannya dengan menghasut, mengugut atau menyogok pemimpin kecil dan besar UMNO serta ahli supaya menghalang Tun Razak daripada mengambilalih jawatannya. Tunku juga tidak cuba sogok Tun Razak dengan janji akan letak jawatan dan menyerahnya kepada Tun dalam masa tertentu.

22. Pemimpin-pemimpin kecil dan besar UMNO dan ahli-ahli UMNO memain peranan yang diharap daripada mereka dalam badan yang mengamalkan demokrasi. Menyedari bahawa Tunku tidak lagi dapat memenuhi kehendak dan hasrat perjuangan Melayu dan UMNO, mereka tidak cuba mengambil kesempatan bagi diri mereka supaya disogok. Sebaliknya mereka rela melepaskan Tunku dan menerima Tun Razak.

23. Jika demokrasi tidak mendatangkan kebaikan, percayalah sebabnya bukan sistem ini tidak baik. Sebabnya ialah oleh kerana mereka yang diberi hak mengundi untuk menentukan nasib negara dengan memilih wakil dan pemimpin 

Wednesday, November 30, 2011

SENJATA DEMOKRASI


SENJATA DEMOKRASI

DEMOKRASI TELAH MEMBUNUH BANYAK NYAWA ORANG ISLAM.

Berjuta umat Islam dibunuh di negara-negara Islam seperti

1.    Palestin melalui penjajahan Rejim Zionis
2.    Afghanistan melalui penentangan terhadap Taliban
3.    Iran melalui Perang Saudara Iran dan Iraq yang mendapat camputangan Amerika Syarikat dan Russia
4.    Iraq melalui Perang Saudara Iran dan Iraq yang mendapat camputangan Amerika Syarikat dan Russia dan Pencerobohan Tentera Bersekutu Amerika Syarikat, termasuk Britain dan lain-lain negara.
5.    Tunisa melalui desakan penggulingan Presidennya
6.    Mesir melalui desakan penggulingan Hosni Mubarak
7.    Syria melalui desakan penggulingan Presidennya
8.    Bosnia melalui pembunuhan beramai-ramai oleh Tentera Serbia dikepalai oleh Radovan Karadzic
9.    Kerajaan Kesultanan Melaka melalui penjajahan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris
10. Kerajaan-kerajaan Tanah Melayu melalui penjajahan Inggeris dan Belanda
11. Kerajaan Kesultanan Acheh melalui penjajahan oleh Barat
12. Kerajaan-kerajaan Kesultanan Melayu lain di Indonesia
13. Kerajaan Uthmaniah di Turki
14. Kerajaan Kesultanan Moghul di India melalui penjajahan Inggeris.
15. Pengusiran dan pembunuhan umat Islam Uighur di China.
16. Dan banyak lagi persitiwa pembunuhan umat Islam di dunia ini melalui cubaan memasukkan sejata Demokrasi ke dalam negara-negara di dunia.

Barat, Ziones dan Hidden Hand telah berjaya menggunakan senjata yang paling ampuh dalam sejarah dunia iaitu DEMOKRASI untuk membunuh umat Islam di seluruh dunia.

DEMOKRASI TELAH BERJAYA MEMBUNUH

1. UMAT ISLAM
2. PEGANGAN UMAT ISLAM
3. NILAI HIDUP ISLAM
4. KEMANUSIAAN

DISAMPING ITU DEMOKRASI TELAH BERJAYA MENANAMKAN NILAI-NILAI BURUK DALAM MASYARAKAT DUNIA. DI ANTARANYA IALAH:

1.    BUDAYA MENDESAK DI KALANGAN RAKYAT DENGAN MEWUJUDKAN DEMONSTRASI DI MERATA-RATA TEMPAT.
2.    BUDAYA BENCI-MEMBENCI
3.    BUDAYA FITNAH YANG BERLELUASA
4.    HAK ASASI YANG SONGSANG
5.    HUKUM HUKUM LUAR TABIE SEPERTI SEKS SONGSANG TERMASUK KUMPULAN LGBT
6.    MENGENENGAHKAN HUKUM RIMBA, SIAPA KUAT DIA MENANG (HUKUM BINATANG/HAIWAN)
7.    MEMPERJUANGKAN KEBEBASAN BERSUARA YANG TIDAK TERBATAS
8.    BUDAYA MEMPERJUANGKAN HAK TANPA MENGHORMATI KEBANYAKAN GOLONGAN, SEPERTI DALAM PILIHANRAYA, PERTANDINGAN PEMIMPIN DAN SEBAGAINYA.


Barat telah berjaya memasukkan senjata mereka iaitu Demokrasi dalam Negara-negara Islam. Tanah Melayu dan meliputi seluruh Nusantara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Mymmar adalah antara negara awal yang dimasukkan senjata Demokrasi.
Dengan Demokrasi akan terciptalah Hak Asasi manusia dan desakan manusia. Rakyat sentiasa bergaduh dan berbunuh untuk memerintah. Pilihanraya hanyalah merupakan helah Barat untuk memerintah. Jika keputusan Pilihanraya tidak menyebelahi mereka, Barat akan menggunakan elemen lain untuk memerintah seperti Demonstrasi, Piket, Mogok, Rampasan Kuasa, Sekatan ekonomi dan sebagainya. Perkara ini berlaku di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Negara-negara Arab

Oleh yang demikian, kita tidak sepatutnya menghalalkan segala macam bentuk tindakan dan budi bicara, hanya dengan mengamalkan demokrasi. Di kalangan rakyat dan pemimpin sering mempergunakan demokrasi sebagai alat untuk mereka bertanding, dengan alasan negara ini adalah negara demokrasi. Kita sepatutnya menggunakan akal fikiran, rasional dan budi bicara berdasarkan Al-Quran dan Sunnah untuk membuat apa-apa pertimbangan.

Gejala ini telah meresap masuk ke semua parti politik, NGO dan segala pertubuhan. Rasululah SAW terlebih dahulu telah mempersembahkan Al-Quran dan sunnahnya untuk kehidupan kita, tetapi kita masih degil menggunakan alasan demokrasi untuk menghalalkan cara, walaupun Demokrasi hanya baru bertapak di Tanah Melayu 60 tahun yang lalu, tetapi Kitab Al-Quran telah wujud lebih 1400 tahun yang lalu.

Sebagai mengikut arus perdana adalah tidak salah kita menggunakan demokrasi untuk pemerintahan negara kerana, untuk mengelak daripada berlawan arus yang berkemungkinan akan terus hanyut dalam kehidupan semasa. Tetapi kita tidak boleh terus berpegang kepada prinsip, Demokrasi adalah segala-galanya dan Segala-galanya adalah Demokrasi untuk selama-lamanya.

Tuesday, November 29, 2011


Marilah kita sama-sama menghayati penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dengan penubuhan tribunal ini demi menegakkan keadilan dunia. Kita sepatutnya menyokong penuh hasrat Tun Dr. M dan pasukannya dalam usaha menegakkan keadilan dunia.

1. Not many Malaysians are aware that from 19th November to 22nd November a trial on war crimes was held in Kuala Lumpur.
2. Many would say what is the use of a trial by a tribunal which is not recognised by any Government. And in addition the accused persons were not present although the summons were legally served on them.
3. But think again.

4. It is a legal and moral principle that everyone must be equal before the law. In Malaysia even the reigning Sultans are not above the law.
5. It follows that no one, no country should be above international law.
6. In the charter of the United Nations no country is accorded the privilege or status of being above the laws, rules and regulations of the UN.
7. We frequently read reports of tribunals being set up by the UN and also by the victors in war to try war criminals. In Nuremberg and Tokyo the “war criminals” were sentenced to death by the tribunals.
8. However, it has become obvious that the powerful countries and their leaders have never been tried for the crimes they have committed. They are clearly above the law.
9. Do we accept this? If we do then we would be accepting what is a travesty of justice.
10.The general assembly of the United Nations and the weak nations of the world have found no way for applying the laws, international or otherwise, against powerful leaders of powerful countries who are clearly involved in international crimes.
11. The UN and the international community have failed.
12. The world should not accept this failure. Somehow some punishment should be meted to countries and leaders guilty of international crimes. Their deeds must be put before a court of law and the verdict pronounced, After that the world body would be informed as will the different agencies concerned with the maintenance of world peace.
13. This is the age of the NGOs, the Non-Governmental Organisations. Like it or not the Government must recognise the NGOs seriously and consider their views.
14. The Tribunal set up by the people is an NGO. It behoves Government and international institutions like the UN to take srious note of the Tribunal as an international NGO.
15. The general public also should take note of the verdict of the Tribunal. Otherwise they will, in one way or another, be honouring criminals, international criminals.

Sunday, November 20, 2011

Tahniah kepada Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur

Kita sebagai rakyat Malaysia termasuk barisan pembangkang sepatutnya berasa bangga terhadap tindakan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (TJPKL) yang telah mengambil inisiatif menegakkan keadilan dunia dengan mendakwa Bush dan Tony Blair yang telah melakukan jenayah ke atas keamanan iaitu merancang, membuat persediaan dan menceroboh kedaulatan Iraq pada 19 Mac 2003 yang melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Undang-undang Antarabangsa. 


Semua rakyat Malaysia termasuk NGO-NGO, parti-parti politik yang menyintai keamanan sewajarnya menyokong tindakan yang diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) Tun Dr. Mahathir Mohamad. 


SYABAS RAKYAT MALAYSIA


Besar jangan disangka bapa, Kecil jangan disangka anak


Di sini dilampirkan rencana oleh Ku Seman Ku Hussain untuk pedoman kita bersama.


 Isytihar perang sebagai jenayah 
Oleh :  Ku seman Ku Hussain

Mulai semalam hingga Selasa ini bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George W. Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair “dibicarakan” di Kuala Lumpur. Mereka dibicarakan kerana dituduh melakukan jenayah perang terhadap Iraq pada 2003. Akibat jenayah itu dianggarkan 1.4 juta orang awam di Iraq terkorban, berjuta yang lain menderita krisis makanan dan kesihatan. 

Walaupun kedua-dua pemimpin yang dianggap “paksi kejahatan dunia” itu tidak ada di Kuala Lumpur, perbicaraan diteruskan di hadapan tujuh panel hakim dan disaksikan oleh orang ramai. Bush dan Tony Blair didapati melanggar piagam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mereka melancarkan perang atas Iraq untuk menumpaskan Presiden Saddam Hussein dengan alasan Iraq mempunyai loji senjata nuklear. Tetapi setelah didapati alasan itu tidak benar, PBB dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) gagal mengambil tindakan terhadap terhadap kedua-dua mereka. Membicarakan dua bekas pemimpin Barat itu memperlihatkan kesungguhan Malaysia memperjuangkan keadilan kepada mangsa jenayah perang sekaligus keamanan dunia. 

Pada masa yang sama Malaysia mendesak dunia mengiktirafkan perang sebagai jenayah dan mereka yang melakukan jenayah ini mesti dihukum. Walaupun Perang Dunia Kedua telah berakhir lebih 60 tahun lalu, kuasa besar Barat mengenepikan badan dunia seperti PBB untuk melancarkan perang atas negara lain yang merdeka.

Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur dianjurkan oleh Yayasan Keamanan Global Perdana yang diusahakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perbicaraan ini juga sindiran tajam kepada PBB dan ICC yang gagal melaksanakan tanggungjawab untuk memberi keadilan sekaligus memperjuangkan hak asasi manusia untuk hidup aman. Ini memperlihatkan dengan jelas bahawa kedua-dua bekas pemimpin itu mempengaruhi PBB dan ICC untuk tidak menghukum mereka. Perbicaraan dijalankan di depan tujuh panel hakim yang terdiri daripada Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Dr. Zakaria Yatim, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tunku Sofiah Jewa, Profesor Salleh Buang, Alfred L. Webre, Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi, profesor undang-undang UiTM dan Profesor Niloufer Bhagwat.

Tujuannya untuk membuktikan Bush dan Tony Blair melakukan jenayah di Iraq yang akhirnya mengakibatkan krisis kemanusiaan yang teruk. Walaupun dipadankan dari sebuah tribunal jenayah perang Vietnam 1967 anjuran kerajaan Sweden dan Denmark untuk mendakwa AS membunuh orang awam Vietnam, Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur lebih berwibawa. Ini kerana Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur menyediakan bukti-bukti yang sangat kukuh dan tidak boleh ditepis oleh tertuduh. Antaranya rakaman pengakuan rakyat Iraq yang menjadi mangsa perang dan mereka yang didera di luar batas kemanusiaan semasa dalam tahanan. Pengumpulan bukti walaupun mengambil masa yang lama iaitu lebih dua tahun tetapi berhasil mengemukakan pertuduhan yang kukuh terhadap Bush dan Tony Blair. 

Inilah kali pertama sebuah tribunal membicarakan bekas pemimpin AS dan Britain itu selepas perang Iraq pada 2003. Bagi tuduhan pertama, Bush dan Tony Blair dituduh melakukan jenayah dan menakluki sebuah negara yang merdeka, Iraq pada 19 Mac 2003. Ini menyalahi piagam PBB yang melarang serangan atas negara lain kecuali mempertahankan diri. Tuduhan kedua, Bush bersama lapan pegawai kanan dituduh melakukan penyeksaan dan mengeluarkan perintah eksklusif untuk mengecualikan semua konvensyen antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva III 1949 terhadap penglibatan mereka di Afghanistan pada 2001 dan di Iraq pada 2003. Serangan Selain Bush dan Tony Blair, turut dituduh dalam Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur ialah bekas Naib Presiden AS, Dick Cheney, bekas Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld, bekas Peguam Negara Alberto Gonzales, bekas Penasihat Jabatan Pertahanan, William Haynes dan profesor undang-undang, John Yoo.

Kalau ada yang masih ingat, perang Iraq adalah ujian penting Rumsfeld mengendalikan serangan AS dengan teknologi pemusnah paling moden. Seperti kata Dr. Mahathir, ini bukan mahkamah main-main kerana ada pendakwaan, ada tertuduh dan ada juga peguam untuk membela tertuduh. Dr. Mahathir memberi tanggungjawab kepada barisan panel hakim yang berwibawa dalam undang-undang antarabangsa untuk menghukum Bush, Tony Blain dan yang lain. Ini adalah keputusan berteraskan undang-undang bukan perasaan. Usaha ini memperlihatkan walaupun Malaysia kecil tetapi tidak mengecilkan diri. Malaysia berusaha memperjuangkan keamanan sejagat dan sentiasa memerhati tingkah laku PBB yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan adil. Cara Malaysia perjuangkan keamanan bukan menggunakan senjata seperti AS. Tribunal ini juga seharusnya memalukan ICC yang gagal mendakwa Bush dan Tony Blair padahal asasnya cukup kukuh. 

Keputusan perbicaraan ini digunakan untuk mendesak dunia memulaukan kedua-dua bekas pemimpin ini dari sebarang kegiatan termasuk mengundang mereka memberi ceramah. Hak asasi manusia telah dicabuli kuasa-kuasa besar Barat. Mangsa perang dinafikan mendapat keadilan sebaliknya didera melampaui kemanusiaan. Maka Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur mengambil tanggungjawab untuk memberi keadilan. Pemimpin kuasa besar dunia tidak boleh memberikan apa alasan sekalipun untuk mewajarkan perang terhadap negara lain. 

Tidak ada istilah perang untuk keamanan seperti yang dislogankan oleh AS semasa menyerang Afghanistan. Sepuluh tahun AS memburu Osama Ben Laden dan berjuta yang menjadi korban. ternyata tidak ada istilah perang untuk keamanan. Lebih malang yang terkorban sama ada di Iraq atau Afghanistan sebahagian besarnya rakyat biasa. Mana-mana pemimpin yang mewajarkan perang adalah menghalalkan pembunuhan beramai-ramai. Pembunuhan dan penyeksaan terhadap rakyat Palestin sejak tahun 1948 hingga kini oleh Israel disebabkan AS menghalalkan perang. 

Dalam perang Iraq, AS bukan sahaja menghalalkan pembunuhan dan penyeksaan malah menjadikan Iraq sebagai medan menguji teknologi senjata pembunuh termoden. Ini bukan rahsia lagi. Belanjanya ditanggung oleh kerajaan Iraq yang menjadi boneka AS sekarang ini. Ternyata “pertolongan” AS menjatuhkan Saddam bukanlah percuma. Ia dibayar dengan kehilangan nyawa, harta benda dan khazanah budaya berharga zaman kegemilangan Baghdad suatu waktu dulu. Banyak pemimpin dunia yang terlibat dengan jenayah perang dibawa ke muka pengadilan. Bekas pemimpin rejim Khmer Rouge di Kemboja, Pol Pot yang membunuh lebih dua juta orang awam akhirnya dihadapkan ke muka pengadilan di negaranya. Tetapi ICC yang mempunyai pengaruh lebih besar tidak mendakwa Bush dan Tony Blair yang melakukan jenayah yang sama. Inilah jawapannya kenapa Malaysia memikul tanggungjawab dan menganjurkan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur. Mercutanda keadilan dan kemanusiaan disuburkan dari negara ini.

Friday, October 28, 2011

MUAMMAR QADDAFI

October 18, 2011Maafkan Saya Ghaddafi! Salam 2 all. Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat! Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka! Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi: 1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya! 2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%; 3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba'; 4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah; 5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak; 6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma; 7. Tidak ada bil elektrik di Libya; 8. Pendidikan adalah percumn; 9. Kemudahan perubatan adalah percuma; 10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan; 11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter; 12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah; 13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar; 14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain. 15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan. 16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi; 17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%); 18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat; 19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan; Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya! Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja. Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri! Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri. Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik. Adios amigos, grasias senor. Wallahua'lam & Wassalam. Zulkifli Bin Noordin Selasa 13 Zul Qaedah 1432 11 Okt 2011

Monday, October 24, 2011

TIGA KEISTIMEWAAN KEPADA ORANG MELAYU

Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?
MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.