Wednesday, July 15, 2009



Manek Urai 2009 : Buku Ini Punca Kuasa PAS Merosot?
"BEDAH SIASAT" MANEK URAI 2009BUKU INI PUNCAPENGARUH PAS MEROSOT?
Saya merasakan bahawa ada sebab utama mengapa pengaruh PAS dan juga Nik Aziz merosot dalam pilihanraya kecil di Manek Urai semalam. Dalam blog-blog penyokong PAS, terdapat begitu banyak saranan, agar PAS segera melakukan "bedah-siasat" berkenaan angka 65 yang mereka peroleh dalam pilihanraya kecil tersebut. Jika trend sebegini berterusan, dikhuatiri PAS akan terus disisih oleh orang-orang Melayu, khususnya pengundi muda - yang jsemakin jelas melihat sikap talam dua muka pemimpin-pemimpin PAS. Sebelum PAS melakukan bedah-siasat, biarlah saya dedahkan dulu apakah puncanya pengaruh PAS dan Nik Aziz berkurangan di Manek Urai. PAS jangan menyalahkan UMNO, kononnya terdapat unsur rasuah dan sebagainya, ia sama sahaja dengan PAS yang jelas menawarkan pahala jika menatap wajah Nik Aziz dan dibalas syurga jika para pengundi memangkah PAS.Hakikatnya, PAS dan para penyokongnya telah lupa dengan sikap talam dua muka para pemimpinnya selama ini. Biar saya dedahkan di sini bahawa salah satu punca mengapa rakyat khususnya generasi muda mula hilang kepercayaan terhadap PAS adalah disebabkan oleh sikap lidah bercabang sesetengah pemimpin PAS berkenaan pembentukan Negara Islam. Datuk Seri Nizar, dalam sidang DUN Perak begitu berani mencabar ADUN-ADUN UMNO agar membuktikan kepada beliau apakah terdapat mana-mana frasa di dalam buku Perlembagaan PAS yang menyatakan bahawa, PAS akan membentuk dan memperjuangkan negara Islam? Seandainya PAS berupaya membentuk kerajaan pusat bersama-sama dengan parti pembangkangnya yang lain. Cabaran Nizar ini sangat jelas membuktikan bahawa PAS mempunyai pendirian yang berbeza-beza pada setiap kali parti tersebut mahu mendapatkan sokongan rakyat dalam kalangan pelbagai kaum. Memang benar Perlembagaan PAS tiada menyebut perjuangan PAS adalah ke arah pembentukan negara Islam, jadi mengapa mesti para penceramah PAS memancing undi dengan janji yang sengaja dilakukan, tetapi akhirnya dimungkiri? Bukankah ini sikap dan sifat orang munafik? Yang jelas, sikap PAS berbaik-baik dengan DAP telah memakan diri sendiri. Dan rakyat akan menolak PAS sekali lagi di mana-mana sahaja pilihan raya kecil yang akan datang.PAS mula berbohong kepada rakyat sejak tahun 2001 lagi berkenaan penubuhan Negara Islam. Setiap kempen mereka, sedikit sebanyak akan diselitkan dengan kenyataan bahawa PAS ingin menubuhkan negara Islam di Malaysia dengan erti kata sebagai mana yang mereka faham.
Namun demikian, sikap lidah bercabang mereka telah dikenal pasti melalui tulisan Lim Kit Siang sendiri , melalui buku tulisanya bertajuk, BA & Negara Islam yang diterbitkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2001. Lim Kit Siang menulis di muka surat 101 yang berbunyi, "Jaminan yang diberikan oleh Mursyidul AM PAS, Nik Aziz Nik Mat bahawa PAS mengimpikan sebuah masyarakat Islam dan bukan sebuah negara Islam. Nik Aziz memberikan jaminan ini dalam dialog beliau dengan sekumpulan Kristian - Majlis Gereja-Gereja Malaysia pada bulan Mei lalu (2001) di mana beliau menegaskan bahawa partinya mengimpikan sebuah masyarakat Islam dan bukannya sebuah negara Islam. Pemimpin-pemimpin PAS juga telah mengatakan bahawa rujukan "negara Islam" tidak wujud dalam Perlembagaan PAS."Walaupun sangat jelas kenyataan Nik Aziz yang telah memaklumkan kepada DAP bahawa sesungguhnya PAS sama sekali tidak berhasrat untuk menubuhkan negara Islam, sebaliknya, hasrat PAS hanyalah untuk membina sebuah masyarakat Islam. Oleh sebab itu, menurut PAS, DAP tidak perlu bimbang dan gusar dengan ideologi Islam yang menjadi pegangan PAS selama ini. Namun demikian, oleh kerana PAS sememangnya bersikap talam dua muka, maka sewaktu berkempen di hadapan khalayak ramai, khususnya pengundi Melayu, mereka mendakwa bahawa PAS sebenarnya ingin menubuhkan sebuah negara Islam, di Malaysia, hal ini sering kali diungkapkan oleh Hj Hadi dalam ceramah-ceramahnya.
Soalnya, mengapa di sebelah pihak Nik Aziz dan Nizar, mereka menggambarkan kepada golongan bukan Islam, seolah-olah PAS lansung tidak berniat untuk menubuhkan negara Islam? Sebaliknya, di sebelah pihak Hj Hadi pula, mereka melaung-laungkan penubuhan negara Islam dan sering mendakwa bahawa Malaysia masih merupakan sebuah negara sekular?
Lantaran itu, jelaslah sikap dan pendirian PAS berhubung isu negara Islam, masih menjadi tanda tanya yang tidak upaya dijawab oleh seluruh pemimpinnya. Malah, lebih jauh daripada itu, pada tahun 2003 PAS telah menerbitkan sebuah buku berjudul Negara Islam dan prakatanya telah ditulis oleh Hj Hadi sendiri, sekali gus membuktikan bahawa PAS mempunyai cita-cita untuk menubuhkan negara Islam. Walaupun dalam perlembagaan PAS dan kenyataan Nik Aziz sendiri membuktikan bahawa PAS sama sekali tidak berhasrat untuk menubuhkan negara Islam, tetapi tindakan sesetengah PAS sering kali bercanggah antara satu sama lain. Jadi, sifat sebegini hanya ada pada golongan munafik.Oleh sebab itu, tidak menghairankan jika pada kali ini, orang Islam di Malaysia mula menunjukkan rasa kurang yakin terhadap perjuangan PAS yang asli. PAS nampaknya suka bermain sorok-sorok. Di hadapan orang Cina mereka dakwa lain dan di hadapan pengundi Melayu pula mereka janji lain. Ini merupakan sikap talam dua muka PAS yang merupakan penyebab utama mengapa masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Dalam perjuangan kita perlu konsisten. Dan sifat ini tiada dalam PAS. Maka, pada pandangan saya mengapa pengundi muda tidak mengundi PAS di Manek Urai, saya beranggap bahawa mereka tidak mahu lagi dibuai mimpin indah yang tidak kesampaian, di samping tidak mahu lagi diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang bercabang-cabang lidahnya. Inilah "Bedah Siasat Pertama Kita". Wallahualam.
Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di 3:26 PM
Label:

No comments:

Post a Comment