Monday, April 22, 2013

Wanita pertama serah barang kemas untuk tambang Tunku Abdul Rahman ke London


Wanita pertama serah barang kemas



JARUM jam menunjukkan hampir pukul 3 petang. Sejak dari tengah hari, Siti Rahmah Kassim yang ketika itu berusia 29 tahun kelihatan sibuk menguruskan kehadiran ratusan peserta rombongan yang berkumpul di kawasan padang berhampiran pekan Rembau.
Biarpun agak keletihan, wanita itu tetap meneruskan tugas-tugasnya. Selaku penganjur, dia mahu semuanya berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Lapan buah bas yang ditempah khas juga sudah sedia di satu sudut. Kunjungan mereka ke Kuala Lumpur pada petang 30 Ogos 1957 itu bukan untuk bersuka ria, sebaliknya mahu menyaksikan satu peristiwa paling penting dalam sejarah negara.
Siti Rahmah sememangnya sudah lama menantikan tarikh keramat 31 Ogos 1957 itu. Perjuangannya bukan bemula sehari dua, tetapi sejak 1945 lagi melalui Persatuan Melayu Negeri Sembilan dan UMNO.
Dalam ceramahnya, dia banyak memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan wanita tentang kepentingan perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah.
Kini berusia 86 tahun, dia merupakan orang pertama menyerahkan barangan kemas bagi membantu rombongan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London untuk menuntut kemerdekaan.
Liputan meluas
Kisah Siti Rahmah dipukul oleh ibunya sehingga bajunya berlumuran darah kerana memberi gelang perkahwinan pemberian ayahnya pada sebuah majlis yang berlangsung di Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir Melaka juga mendapat liputan luas akhbar-akhbar di Tanah Melayu.
Lamunannya terhenti, tindakan sekumpulan peserta lelaki yang tiba-tiba turun dari bas menarik perhatiannya.
Rupa-rupanya, di dalam bas itu bukan sekadar peserta tetapi ada beberapa anggota polis cawangan khas British ditugaskan untuk menggagalkan rombongan berkenaan.
“Mereka cuba menakut-nakutkan segelintir peserta bahawa orang putih akan menjatuhkan bom menggunakan kapal terbang ketika Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka di Stadium Merdeka.
“Tidak hairanlah, ada peserta yang terpengaruh dan mahu pulang ke rumah, namun saya berjaya memujuk mereka kembali. Itu semua taktik jahat orang putih dalam usaha mengagalkan kemerdekaan negara,” cerita anak kelahiran Batu Hampar, Negeri Sembilan itu.
Selepas melalui perjalanan panjang dan berliku-liku, rombongan dari Rembau itu akhirnya tiba di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur ketika malam menjelma.
Siti Rahmah berkata, ibu negara seakan-akan berubah wajah dengan kehadiran ribuan orang ramai dan kenderaan yang datang dari segenap pelosok tanah air.
“Menjelang malam, suasana di sekitar Kuala Lumpur penuh meriah diterangi lampu jalan. Semua orang berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor sambil membawa sepanduk dan bendera Persekutuan.
“Bangunan Sultan Abdul Samad kelihatan begitu gah diterangi lampu- yang berwarna-warni. Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri,” ujar bekas Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Bahagian Terentang (Rembau) itu.
Laungan Merdeka
Katanya, tepat pukul 11.55 malam, Tunku Abdul Rahman diiringi 30 ahli Perikatan bermotosikal dan polis pengiring pun tiba.
Ujarnya, Tunku telah disambut oleh Datuk Abdul Razak Hussein dan beberapa pemimpin daripada ketiga-tiga parti Perikatan yang mengiringinya ke pentas di tengah padang. Suasana yang sebelum itu riuh-rendah bertukar sunyi sepi, masing-masing tidak sabar menanti detik 12 malam yang menandakan tarikh kemerdekaan negara.
“Tepat pukul 12 malam, jam di menara berbunyi. Secara spontan laungan Merdeka berkumandang daripada ribuan rakyat jelata yang memenuhi segenap penjuru padang,” jelasnya.
Ibu kepada enam cahaya mata itu berkata, saat yang tidak dapat dilupakan ialah ketika bendera Union Jack mula diturunkan dan lagu God Save The Queen dimainkan buat kali terakhir sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu.
Katanya, ketika itu air matanya mencurah-curah. Dia bagaikan tidak percaya Tanah Melayu akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan selepas hampir 170 tahun dijajah British.
Pada malam itu juga, buat pertama kalinya lagu kebangsaan, Negaraku, diperdengarkan kepada umum. Ketika bendera Persekutuan Tanah Melayu yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang dikibarkan, semua orang memberikan tabik hormat.
“Saya lihat wajah Tunku begitu berseri-seri selepas upacara malam itu, begitu juga dengan wajah-wajah rakyat jelata yang hadir.
“Masing-masing kelihatan begitu beremosi. Saya juga tidak terkecuali, ternyata perjuangan saya selama ini menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kemerdekaan telah berbalas,” ujarnya yang kini bergelar Datuk dan memegang jawatan Pengerusi Tetap Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Sembilan.

PADA usia 86 tahun Siti Rahmah masih cergas dan mampu menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi Tetap Perkim Negeri Sembilan.


Episod kemerdekaan negara tidak terhenti begitu sahaja. Keesokannya, kira-kira 20,000 rakyat jelata berkumpul di Stadium Merdeka untuk menantikan pengisytiharan kemerdekaan negara secara rasmi.
“Malam itu saya dan suami menginap di rumah seorang kenalan lama di ibu kota. Tepat pukul 5.30 pagi, kami sudah berada di pekarangan stadium sambil menantikan upacara bersejarah yang bakal diadakan.
“Ketika itu terbit kebimbangan mengenai kisah serangan bom seperti didakwa oleh polis-polis cawangan khas British benar-benar terjadi, bagaimanapun dari mula hingga akhir majlis berjalan lancar,” jelasnya.
Menurut Siti Rahmah, upacara penuh simbolik di hadapan tetamu-tetamu kehormat seperti wakil kerajaan British dan wakil Raja-Raja Melayu jelas menandakan penjajahan British telah berakhir.
“Di atas pentas, saya melihat Tunku begitu segak dengan pakaian berwarna hitam Muskat ketika membaca watikah kemerdekaan. Ia diikuti laungan kemerdekaan sebanyak tujuh kali.
“Saat itu tiada kata-kata yang mampu diucapkan. Saya hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah di atas apa yang berlaku.
“Biarpun negara kini telah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun, tidak bermakna perjuangan saya telah selesai. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan,” ujar serikandi terbilang itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2RBN1QYsC 
Hakcipta terpelihara 

Amanat TUN M untuk orang Melayu sempena #PRU13 ini.


Amanat TUN M untuk orang Melayu sempena #PRU13 ini.



PAS ingat Hadi Awang sahaja yang ada Amanat? Tun M pun ada amanat jugalah. Lebih baik, beza Amanat Tun M ini jika diamalkan, boleh menyelamatkan masa depan umat Islam, berbanding Amanat Hj Hadi yang bukan sahaja memecah belahkan orang Islam, bahkan turut mengorbankan nyawa!

Tun M ini seorang pemimpin yang sangat bijaksana. Untuk kita dapat lagi ketemu pemimpin seperti beliau ini, mungkin ambil masa beratus tahun lagi. Dan beliau tidak sewenang-wenangnya berkata-kata, apatah lagi mengeluarkan amanat. Jadi, apabila beliau sudah keluarkan amanat, hayati dan amalkanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Lebih penting, amanat ini bukan sahaja dapat dihayati oleh orang Melayu, bahkan semua kaum termasuklah orang Cina, walaupun beliau menyentuh tentang DAP. Itulah hebatnya Tun M, walaupun beliau menentang DAP, namun tiada siapa yang berani melabelkan beliau sebagai rasis. Kata-kata beliau penuh hikmah dan sukar disanggah.

Seperti yang kami katakan tadi, Tun M tidak akan bersuara jika ianya tidak penting. Beliau seorang negarawan yang sangat sayangkan anak bangsanya. Mana beliau tidak risau, jika perkara di bawah ini boleh berlaku sekarang?!!


Wednesday, April 17, 2013

Kerajaan Barisan Nasional berjaya meningkatkan pendapatan negara



Usaha Pelaburan Di Luar Negara Pastikan Petronas Terima Pendapatan Berterusan, Kata Najib
SEPANG, 22 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat memuji syarikat minyak dan gas negara, Petronas, kerana akan terus menerima hasil pelaburan berikutan langkah proaktifnya melabur di luar negara.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, yang merujuk kepada pelaburan Petronas membina Loji Rawatan Gas dan Terminal Gas Darat Kiyanly di Turkmenistan baru-baru ini, berkata warga kerja Petronas turut mengharumkan nama negara sambil melaksanakan pelaburan itu.
Pembinaan loji itu, yang juga pelantar gas pesisir pantai pertama Turkmenistan, melibatkan pelaburan US$5.2 bilion.

Berucap sebaik tiba dari lawatan ke tiga buah negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Najib berkata pelantar gas itu juga terletak di antara yang “terkaya” di kawasan tersebut.

“Ini bererti punca pendapatan Petronas akan menerima pulangan secara berterusan kerana minyak di Malaysia semakin pupus,” katanya sambil memuji syarikat minyak milik negara, yang telah mengambil langkah proaktif untuk melabur di luar negara.

Katanya langkah Petronas itu, yang dilakukan mengikut perancangan awal dan teliti, telah dilakukan demi kebaikan rakyat Malaysia.

Pada 12 Julai lalu, Najib bersama-sama Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhammedov melancarkan Loji Rawatan Gas dan Terminal Gas Darat Kiyanly itu.
Najib telah mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Turkmenistan sebelum berlepas ke United Kingdom dan Itali.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga atas penglibatan lebih 100 jurutera tempatan dalam pelbagai bidang seperti geologi, kimia dan petroleum di dalam pembinaan loji itu.
“Yang melakukan kerja ini adalah anak-anak negara ini. Anak Malaysia. Anak-anak Malaysia telah mengharumkan nama negara di sana.”

Loji Rawatan Gas dan Terminal Gas Darat Kiyanly akan menyaksikan dua proses dengan gabungan kapasiti pengeluaran sehingga 500 juta kaki padu standard sehari dan 53 kilometer saluran yang menghubungkan Terminal ke saluran paip eksport.

Monday, April 1, 2013

SUKANEKA KG.RAHMAT 2013

TAHNIAH!!!! kepada semua Ahli Jawatankuasa termasuk pemuda dan wanita  Kampung Rahmat