Monday, June 22, 2009

Perjuangan Bangsa Melayu

Kembalilah Melayu ke fitrah perkasa
agar hidup lebih sentosa
Nilai melayu telah diperkosa
Hinggakan melayu tiada yang sasa

Melayu dahulunya gah di persada
Ilmunya penuh meliputi dada
Sehingga digelar bangsa berada
Tiada pulak mendabik dada

Bila manusia sudah alpa
fikiran buntu puncanya papa
jangan difikir salah siapa
kerana malu bertegur sapa

Pujukan penjajah kita terleka
tiada kuat lagi para jejaka
ditambah dengan percaya saka
yang pasti di hadapan adalah neraka

Pulihlah kembali semangat merdeka
Bangkitlah wahai semua jejaka
Musnahkan semua elemen derhaka
agar tiada lagi terleka

Penuhi semua ilmu di dada
Kekalkan sekalian akhlak yang mulia
elakkan segala porak peranda
Itulah punca kita berjaya


oleh : Raizul

No comments:

Post a Comment