Sebagai rakyat Malaysia dan berbangsa Melayu kita wajib berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir kerana telah bersusah payah untuk mengembalikan kegemilangan bangsa Melayu walau sentiasa dicemuh oleh segelintir masyarakat.
Dalam menangani setiap isu atau masalah, kita tidak boleh menyelesaikannya secara langsung sahaja, kadang kala kita perlu menanganinya secara lebih halus dan susah. Semua kesenangan itu tidak akan datang secara bergolek.
Kita pun tahu, kenapa negara Barat menjadi kuasa dunia, dah tentu jawapannya adalah penguasaan dalam sains dan teknologi, iaitu satu bidang yang kita tidak ceburi pada abad ke 13, 14, 15 hingga ke abad ke 19. Tetapi semasa abad-abad tersebut semua negara maju masa kini telah giat melakukan R&D, termasuk Jepun. Pada Perang Dunia ke 2, Japan dah serang Tanah Melayu dengan Kapal Terbang. Semasa itu di manakah kedudukan kita.
Oleh itu untuk mencapai penguasaan dalam sains dan teknologi kita perlu lebih proaktif. Kita tidak boleh atau meniru negara-negara lain dalam dunia ini. Masing-masing mempunyai sejarah tersendiri.
Langkah memperkenalkan PPSMI adalah langkah yang tepat dan amat mengikuti syariat kerana ianya akan menyelamat umat Islam yang masih ditindas sekarang ini.
Jika kita sayangkan saudara Islam kita di seluruh dunia, inilah cara yang terbaik untuk menyelamatkan mereka dengan menguasai dunia melalui sains dan teknologi.
Saya melihat PPSMI ini adalah seperti pengenalan FELDA kepada Bangsa Melayu yang telah mengeluarkan kemiskinan daripada umat Melayu.
Malah kesan PPSMI pada masa akan datang adalah jauh lebih hebat daripada kemunculan PETRONAS dalam menyelamatkan umat Islam di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita pandang secara langsung kesan sesuatu program itu untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Sebagai contoh, kita hanya melihat kepentingan PETRONAS dengan memberi royalti kepada negeri yang terbabit sahaja, PETRONAS dapat memberi pendapatan besar kepada negara dan kepentingan diri yang lain.
Apa yang perlu kita belajar ialah melihat secara lebih global dan secara fardu kifayah. Umat Islam masa kini hanya mementingkan fardu ain sahaja iaitu mengenai diri sendiri sahaja. Apa yang berlaku untuk masyarakat, bukan urusan dia. Atas gejala inilah sistem masyarakat setempat dan dunia makin pincang apabila fardu kifayah tidak kita amati secara lebih mendalam.
Cuba kita perhatikan dengan penubuhan dan pelaburan PETRONAS yang telah menjangkau kepada lebih 30 buah negara. Adakah syarikat sedemikian yang hebat di dunia ini yang lahir dari negara Islam selain daripada PETRONAS.
Apa yang perlu kita fikirkan ialah, apakah yang akan terjadi kepada umat ISLAM di seluruh dunia jika PETRONAS tidak wujud. Siapakah yang akan menguasai pelaburan di 30 buah negara tersebut, yang rata-ratanya negara Islam. Dan apakah yang berlaku kepada umat Islam, jika kekayaan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat Yahudi tersebut. INILAH YANG PERLU KITA FIKIRKAN.
Marilah kita fikir mengenai umat Islam yang ditindas di seluruh dunia. ISLAM ITU ADALAH PERSAUDARAAN.
Nabi Ibrahim A.S telah membawa tema pengorbanan sepanjang dakwahnya. Adakah kita lihat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S hanya melalui korban haiwan semata-mata. Tidakkah kita perlu berkorban bersusah payah sekarang demi kesenangan umat Islam pada masa akan datang. Tidakkah kita ingat pengorbanan nyawa Isteri Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S yang hidup di padang pasir yang amat luas. Dan akhirnya melalui pengorbanan tersebut terhasilnya sebuah bandaraya Islam yang cukup hebat. Untuk pencapaian tersebut, memerlukan masa yang cukup lama.
Begitu juga dengan PPSMI, bukannya tempoh 6 tahun untuk dijadikan ukuran, tetapi adakah kita kaji akan kesungguhan masyarakat, guru, pelajar dan ibu bapa. Semua golongan perlu berkorban untuk mencapai kejayaan tersebut.
Maruah sesebuah bangsa adalah terletak kepada kekuatan bangsa tersebut, begitu juga maruah agama adalah terletak kepada kekuatan umatnya. Sanggupkah kita melihat bangsa melayu dan umat Islam dihina hanya kerana nak pertahankan bahasa ibunda kita.
Dalam satu keadaan kita perlu mengorbankan bahasa kita untuk kita pergi lebih jauh lagi dan dengan mengorbankan bahasa, bukan bererti kita melupakan bahasa kita. Begitu juga dengan pengorbanan kita menuntut ilmu ke seberang laut dengan meninggalkan ibu bapa dan keluarga, dan adakah ini bermaksud kita melupakan ibu bapa....? Oleh itu pengorbanan adalah amat penting dalam hidup kita demi mengapaikan maruah bangsa.
Bahasa Berdaulat
Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa yang dituturkan oleh majoriti penduduk. Ini terbukti dengan bahasa Melayu telah berjaya menjadi bahasa penting dunia pada ketika dahulu iaitu sebelum kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Fenomena tersebut masi lagi berlaku sekarang apabila pelbagai bangsa di dunia telah datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu dan mencari rezeki. Pelbagai bangsa termasuk daripada Amerika, negara-negara Eropah, Negara-negara Teluk, India, Bangladesh, Nepal, Indonesia dan lain-lain negara terpaksa belajar bertutur bahasa Melayu untuk hidup di Malaysia.
Fenomena ini berlaku kerana Malaysia sebuah negara yang makmur dan murah rezeki dan faktor-faktor ini telah membanjirkan Malaysia dengan pelbagai bangsa dari serta pelusuk dunia.
Diantara penyumbangkan kepada faktor-faktor tersebut ialah jasa Tun Dr. Mahathir Mohamed. Beliau telah berjaya menambahkan bilangan penutur bahasa melayu di dunia ini dengan membuka peluang pekerjaan dan pelajaran kepada penduduk dunia dan secara tidak langsung beliau adalah pejuang bahasa melayu.
Bangsa lain tidak akan bertutur dalam Bahasa Melayu jika mereka tiada kepentingan, tetapi Tun Dr. Mahathir telah membawa kepentingan tersebut dan seterusnya membawa kegemilangan Melayu dulu pada abad ini.
No comments:
Post a Comment