Sambutan Kemerdekaan adalah amat penting kepada setiap rakyat negara yang merdeka. Sebagai orang Melayu adalah sesuatu yang wajib untuk kita menyambut Hari Kemerdekaan. Bayangkan jika kita tidak merdeka, di manakah kita sebagai orang Melayu akan berada. Oleh yang demikian adalah sangat tidak wajar untuk kita tidak meraikan Hari Kemerdekaan.
Saranan kepada semua organisasi kerajaan, syarikat bumiputra, malahan semua rakyat Malaysia perlu menyambut hari merdeka dengan meriah dan rasa bersyukur. Sambutan Hari Merdeka ini akan memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya mendapat, mengisi dan mengekalkan kemerdekaan.
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyambut Hari kemerdekaan dengan rasa penuh kesyukuran dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan kita seperti Dato' Maharajalela, Dato' Sagor, Rosli Dobi, Tunku Abdul Rahman, Dato Onn Jaafar dan lain-lain lagi.
Jika orang terdahulu perlu mengorbankan wang ringgit dan jiwa mereka untuk mencapai kemerdekaan, tetapi kini kita hanya perlu mengenangkan jasa mereka melalui sambutan kemerdekaan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengibarkan bendera Malaysia sepanjang bulan kemerdekaan.
MERDEKA!, MERDEKA!, MERDEKA!
No comments:
Post a Comment