Tuesday, December 8, 2009

NAZRI AZIZ - KURANG AJAR

CONTOH UNGKAPAN YANG KURANG AJAR. JENIS MANUSIA YANG TAK KENANG BUDI. BERLAGAK SOMBONG.

NAZRI KECAM MAHATHIR RASIS
KUALA LUMPUR, Dis 8 — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak perlu dirombak.
“Saya tahu Dr M (Mahathir) mengulas mengenai patriotisme dan sebagainya, ya saya setuju mengenai patriotisme ... ia untuk semua semua.
“Namun terdapat mereka yang menghadiri kursus (BTN) yang kemudianya keluar dengan perasaan marah. Terdapat banyak contoh ... jadi saya ingin tahu di mana silap saya dalam menyokong rombakan silibus BTN,” katanya di sini semalam.
Malah Nazri juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai “rasis betul” kerana mempertahankan kursus-kursus BTN sambil mengulangi keputusan Kabinet sebelum ini bahawa program-program itu akan dirombak.
“Dia rasis betul. Anda seharusnya bertindak sebagai seorang rakyat Malaysia sama ada menteri ataupun sebaliknya.
“Anda mesti buat apa yang anda perkatakan. Jangan kerana bila anda menjadi Perdana Menteri, anda mahu setiap orang menyokong anda, anda bertindak seperti seorang rakyat Malaysia. Sebaik sahaja bukan lagi jadi Perdana Menteri, anda hanya bercakap pasal orang Melayu, saya tidak boleh menerima komen beliau,” katanya.
Oleh itu kata Nazri beliau “sangat percaya bahawa kursus-kursus BTN mesti selari dengan slogan 1 Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kelmarin Dr Mahathir berkata modul latihan BTN yang sedia ada tidak perlu dirombak kerana ia sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.
Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuatkuasa serta-merta kerana didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecahbelahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.
Pada Rabu lalu, kerajaan Pulau Pinang, yang juga di bawah kepimpinan Pakatan, mengikut langkah kerajaan Selangor dan tidak membenarkan semua penjawat awamnya menghadiri kursus BTN berkuatkuasa serta merta.
Mohamed Nazri turut menafikan bahawa rombakan silibus BTN merupakan idea beliau.
“Ia merupakan keputusan Kabinet. Seperti yang anda ketahui, peruntukan BTN disebut dalam bajet (di bawah) Jabatan Perdana Menteri ... jadi ia merupakan wang awam.
“Sekiranya ia wang awam, maka kita perlu pastikan ia dibelanjakan secara berhemah,” katanya.
Dalam pada itu Dr Mahathir berkata kritikan mengenai modul kursus BTN, termasuk yang
mendakwa ia berunsur perkauman adalah sesuatu yang diperbesar-besarkan.
Beliau berkata kursus itu hanya mengajar penjawat awam supaya mempunyai nilai dan budaya yang baru, seperti lebih berdisiplin, jujur dan tidak melakukan rasuah, dalam usaha memberi khidmat yang lebih baik kepada negara.
“Kita telah mempunyai perkara ini selama 20 tahun. Ketika saya menjadi perdana menteri, tiada siapa yang mengadu apa-apa dan mereka yang menghadiri kursus ini juga mendapati ia sangat berguna.
“Apa yang kita cuba ajar mereka ialah mereka mesti mempunyai nilai-nilai yang baru, kerana sistem nilai dan budaya yang mereka ada tidak kondusif untuk kejayaan. Saya tidak nampak apa yang salah mengenainya,” kata beliau dipetik Bernama ketika ditemui wartawan di Cyberjaya.

No comments:

Post a Comment