Sunday, December 13, 2009
PERBEZAAN ISLAM PAS DENGAN PARA RASUL
Adalah satu tindakan pelik yang diambil oleh pemimpin PAS yang menyokong cadangan Nga Kor Ming.
1. Kalau dahulu pada zaman Nabi Ibrahim A.S., baginda sanggup merobohkan patung berhala untuk menaikkan syiar Islam tetapi pada zaman ini pemimpin PAS yang mengaku berjuang untuk Islam telah membenarkan berhala dan rumah ibadat bukan Islam berleluasa di sebuah negara Islam. Malah di Kelantan didirikan Berhala yang besar.
2. Pada zaman Rasulullah SAW, turut diroboh berhala-berhala musuh Islam. Tetapi pemimpin PAS menggalakkan lagi pembinaan kuil dan tokong, hanya kerana alasan untuk perpaduan. Padahal musuh-musuh Islam ini tidak langsung mengendahkan perpaduan, malah mereka dengan terang-terangan menghina Islam, mempertikaikan perundangan Islam dan pelbagai lagi tohmahan dan penghinaan yang dibangkit oleh musuh-musuh Islam ini.
3. Apabila satu pihak mengemukakan pelan cadangan perpaduan, mereka tolak mentah-mentah, tetapi apabila musuh Islam (talibarut komunis ini) pertikaikan mengenai pembinaan masjid dan rumah ibadat mereka, pemimpin ini sokong, kononnya untuk perpaduan.
4. Pemimpin ini lebih rela mengwujudkan perpaduan dengan musuh Islam daripada mencari perpaduan sesama Islam. Puak-puak musuh Islam ini pernah memperlekehkan seruan negara Islam. Sampai sanggup keluarkan kenyataan "Langkah mayatnya dahulu, kalau nak buat negara Islam". Tetapi pemimpin yang kononnya lebih Islam daripada orang lain, telah memekakkan telinga mereka. (mungkin ini yang difirmankan bahawa, jika Allah telah tutup pintu hati mereka, maka mereka tidak akan mampu melihat kebenaran.)
5. Hadis Nabi "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia kasih pada saudaranya seperti ia kasih pada dirinya sendiri".
6. Mereka sanggup bersekongkol dengan musuh Islam untuk menjatuh kerajaan Islam. Dan inilah yang berlaku pada kerajaan Melaka,Tanah Melayu,Iraq, Afghanistan, Palestin. Orang Islam sendiri yang menghancurkan kerajaan Islam.
7. Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang kononnya berjuang untuk Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mencelah.... pada zaman nabi. kebebasan agama di bolehkan. berhala yg di musnahkan adalah di kakbah. tp bukan di rumah ibadat mereka. kalo sekarang berhala di buat di masjib, pasti lah di musnahkan. allah perfirman."Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
ReplyDeleteQS. al-An'am (6) : ayat 108.
cakap tu biar berilmu. agak kurang cerdik kau ek.
penulis blog. http://azrolariffin.blogspot.com/