Sunday, December 27, 2009

MALAYSIA DISERANG SINGAPURA


Jiran paling dekat, malah dahulunya adalah sebahagian Tanah Melayu iaitu Singapura, seolah-olah telah mengiystiharkan peperangan dengan Malaysia. Daripada isu Pulau Batu Putih, Isu Jambatan Indah, Tarian Pendet dan yang terkini buku tulisan Barry Wain bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," telah mencetus isu untuk menggoncang politik Malaysia. Singapura seolah-olah baling batu sembunyi tangan dalam semua hal.

Adalah diharap semua rakyat Malaysia terutamanya bangsa melayu, tidak mudah melatah dengan semua gangguan ini. Masalah dalam negara biarlah kita selesaikan sendiri. Singapura juga banyak kelemahan dalam pemerintahan, tetapi cuba menutup semua masalah tersebut dengan mengalihkan pandangan kepada negara lain. Inilah contoh negara yang tidak kenang budi. Singapura sememangnya dalam usaha untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia, contoh yang paling ketara ialah tindakan pemimpin Singapura yang menyokong pembangkang di Malaysia. Semasa kemenangan Pakatan Rakyat di beberapa buahh negeri pada Pilihanraya ke-12, Pemimpin Singapura telah membuat kunjungan di negeri-negeri tersebut. Malah Lee Kuan Yew juga membuat kunjungan ke Malaysia, berjumpa dengan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Nik Aziz, tetapi tidak berjumpa dengan Perdana Menteri. Tindakan ini seola-olah mencampuri urusan dalaman negara.

Berbeza dengan sikap Malaysia dalam berurusan dengan konflik di Selatan Thai. Pemimpin Malaysia lebih tahu menghormati kedaulatan sebuah negara. Berbincang dengan Perdana Menteri Thailand dalam penyelesaian konflik tersebut, dan bukan hanya berjumpa dengan ketua pejuang Islam di Selatan Thai. Tahniah kepada Pemimpin Malaysia. Oleh yang demikian adalah wajar Singapura perlu pelajari lebih banyak adab berjiran semoga rantau ini akan menjadi lebih aman.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menjaga kedaulatan negara kita daripada dicerobohi dari pelbagai sudut, sama ada dari segi fizikal, mahupun minda. ADALAH DIHARAP AGAR KEMENTERIAN DALAM NEGERI MALAYSIA DAPAT MENGHARAMKAN PENYEBARAN BUKU TULISAN BARRY WAIN "MALAYSIAN MAVERICK: MAHATHIR IN TURBULENT TIMES" PENULISAN BUKU INI SEOLAH-OLAH MENGHINA RAKYAT MALAYSIA, SEOLAH-OLAH KITA TIDAK TAHU MENILAI PEMIMPIN KITA SENDIRI.

Sesungguhnya kesilapan Malaysia yang paling besar ialah membiarkan Lee Kuan Yew berkuasa di Singapura. Jika ini tidak berlaku, sudah tentu banyak konflik lain tidak akan timbul seperti Tarian Pendet, Jambatan Indah, Penulisan Buku yang menghina pemimpin Malaysia dan pelbagai lagi konflik lain. Adalah wajar kenyataan Allahyarham Tun Dr. Ismail, supaya Lee Kuan Yew sepatutnya disumbat dalam penjara.

Marilah kita bersama-sama membangunkan negara kita yang tercinta demi mendaulatkan agama, bangsa dan negara.

Sunday, December 13, 2009

PERBEZAAN ISLAM PAS DENGAN PARA RASUL





Adalah satu tindakan pelik yang diambil oleh pemimpin PAS yang menyokong cadangan Nga Kor Ming.

1. Kalau dahulu pada zaman Nabi Ibrahim A.S., baginda sanggup merobohkan patung berhala untuk menaikkan syiar Islam tetapi pada zaman ini pemimpin PAS yang mengaku berjuang untuk Islam telah membenarkan berhala dan rumah ibadat bukan Islam berleluasa di sebuah negara Islam. Malah di Kelantan didirikan Berhala yang besar.

2. Pada zaman Rasulullah SAW, turut diroboh berhala-berhala musuh Islam. Tetapi pemimpin PAS menggalakkan lagi pembinaan kuil dan tokong, hanya kerana alasan untuk perpaduan. Padahal musuh-musuh Islam ini tidak langsung mengendahkan perpaduan, malah mereka dengan terang-terangan menghina Islam, mempertikaikan perundangan Islam dan pelbagai lagi tohmahan dan penghinaan yang dibangkit oleh musuh-musuh Islam ini.

3. Apabila satu pihak mengemukakan pelan cadangan perpaduan, mereka tolak mentah-mentah, tetapi apabila musuh Islam (talibarut komunis ini) pertikaikan mengenai pembinaan masjid dan rumah ibadat mereka, pemimpin ini sokong, kononnya untuk perpaduan.

4. Pemimpin ini lebih rela mengwujudkan perpaduan dengan musuh Islam daripada mencari perpaduan sesama Islam. Puak-puak musuh Islam ini pernah memperlekehkan seruan negara Islam. Sampai sanggup keluarkan kenyataan "Langkah mayatnya dahulu, kalau nak buat negara Islam". Tetapi pemimpin yang kononnya lebih Islam daripada orang lain, telah memekakkan telinga mereka. (mungkin ini yang difirmankan bahawa, jika Allah telah tutup pintu hati mereka, maka mereka tidak akan mampu melihat kebenaran.)

5. Hadis Nabi "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia kasih pada saudaranya seperti ia kasih pada dirinya sendiri".

6. Mereka sanggup bersekongkol dengan musuh Islam untuk menjatuh kerajaan Islam. Dan inilah yang berlaku pada kerajaan Melaka,Tanah Melayu,Iraq, Afghanistan, Palestin. Orang Islam sendiri yang menghancurkan kerajaan Islam.

7. Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang kononnya berjuang untuk Islam.

Friday, December 11, 2009

NIK AZIZ PENGKHIANAT ISLAM



Untuk Makluman semua, Dengan kenyataan si tua kutuk ini, menyokong SLOGAN si Nga bermaksud dia TELAH BERSEKONGKOL DENGAN DAP, ANWAR DAN AMERIKA UNTUK MENJAHANAMKAN BENTENG ISLAM TERKUAT DI NUSANTARA.

1=Masjid, 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja akan menjadi slogan Pakatan untuk menghapus ketuanan Melayu dan langkah pertama ialah mendapat sokongan Nik Aziz mengenainya.


Menurut seorang sahabat yang bertugas sebagai Setiausaha Kerja yang bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Nga Kor Ming kini cuba mendapat sokongan PAS mengenai kenyataannya tentang 1=Masjid, 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja.

Nga mahukan sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat mengenai perkara ini. Tujuannya menurut sahabat berkenaan, beliaupun tidak pasti. Apa yang dapat dibaca, sebenarnya tindakan Nga sebenarnya mahukan sokongan orang Melayu dalam PAS mengenai perkara sedemikian.

Lagipun Samad Khalid sudahpun memberi lampu hijau mengenai kenyataan berkenaan namun kini pemimpin PAS seperti Haji Hadi Awang bertindak seperti batu. Batu yang takut dipukul oleh ombak. Anwar Ibrahim bawah ketiak Nga aje sama juga dengan Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak.

Lagipun, kenyataan yang dilakukan oleh Nik Aziz akan disokong oleh pemimpin PAS termasuk Presidennya. Justeru, mungkin andaian berkenaan akan digunakan untuk memberi imej bahawa;

1. Kenyataan UMNO menentang slogan 1=Masjid, 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja sebagai tindakan rasis. Rakyat perlu menolak parti rasis Melayu.

2. 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja mendapat sokongan oleh orang Islam seperti ulama Nik Aziz, justeru, kenapa orang Islam yang bukan ulama menentang pendapat ulama!

3. 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja dipersetujui juga oleh orang Melayu.

4. 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja sebenarnya slogan untuk menutup permasalahan dan kegagalan pemerintahan yang dihadapi oleh DAP Pulau Pinang yang mendapat tentangan daripada penduduk India beragama Hindhu dan Penduduk Kampung Buah Pala.

5. 1=Kuil, 1=Tokong dan 1= Gereja salah satu cara menakutkan pelabur asing datang membuat pelaburan ketika pemimpin negara sedang menarik kehadiran pelabur berkenaan untuk menjana ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan. Pada hemah Nga, pendedahan oleh media asing akan melaporkan tentang Malaysia seperti negara Iran yang tidak menindas agama lain.


abe MIE- Kita tunggu kenyataan PAS mengenai perkara ini. Melayu dan Islam akan bertambah 'kecamuk' dan Cina yang sudah menguasai ekonomi Malaysia akan memperbodohkan Melayu sebagaimana pernah berlaku pada Pak Pandir pada satu ketika dahulu.

Tuesday, December 8, 2009

NAZRI AZIZ - KURANG AJAR

CONTOH UNGKAPAN YANG KURANG AJAR. JENIS MANUSIA YANG TAK KENANG BUDI. BERLAGAK SOMBONG.

NAZRI KECAM MAHATHIR RASIS
KUALA LUMPUR, Dis 8 — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak perlu dirombak.
“Saya tahu Dr M (Mahathir) mengulas mengenai patriotisme dan sebagainya, ya saya setuju mengenai patriotisme ... ia untuk semua semua.
“Namun terdapat mereka yang menghadiri kursus (BTN) yang kemudianya keluar dengan perasaan marah. Terdapat banyak contoh ... jadi saya ingin tahu di mana silap saya dalam menyokong rombakan silibus BTN,” katanya di sini semalam.
Malah Nazri juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai “rasis betul” kerana mempertahankan kursus-kursus BTN sambil mengulangi keputusan Kabinet sebelum ini bahawa program-program itu akan dirombak.
“Dia rasis betul. Anda seharusnya bertindak sebagai seorang rakyat Malaysia sama ada menteri ataupun sebaliknya.
“Anda mesti buat apa yang anda perkatakan. Jangan kerana bila anda menjadi Perdana Menteri, anda mahu setiap orang menyokong anda, anda bertindak seperti seorang rakyat Malaysia. Sebaik sahaja bukan lagi jadi Perdana Menteri, anda hanya bercakap pasal orang Melayu, saya tidak boleh menerima komen beliau,” katanya.
Oleh itu kata Nazri beliau “sangat percaya bahawa kursus-kursus BTN mesti selari dengan slogan 1 Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kelmarin Dr Mahathir berkata modul latihan BTN yang sedia ada tidak perlu dirombak kerana ia sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.
Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuatkuasa serta-merta kerana didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecahbelahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.
Pada Rabu lalu, kerajaan Pulau Pinang, yang juga di bawah kepimpinan Pakatan, mengikut langkah kerajaan Selangor dan tidak membenarkan semua penjawat awamnya menghadiri kursus BTN berkuatkuasa serta merta.
Mohamed Nazri turut menafikan bahawa rombakan silibus BTN merupakan idea beliau.
“Ia merupakan keputusan Kabinet. Seperti yang anda ketahui, peruntukan BTN disebut dalam bajet (di bawah) Jabatan Perdana Menteri ... jadi ia merupakan wang awam.
“Sekiranya ia wang awam, maka kita perlu pastikan ia dibelanjakan secara berhemah,” katanya.
Dalam pada itu Dr Mahathir berkata kritikan mengenai modul kursus BTN, termasuk yang
mendakwa ia berunsur perkauman adalah sesuatu yang diperbesar-besarkan.
Beliau berkata kursus itu hanya mengajar penjawat awam supaya mempunyai nilai dan budaya yang baru, seperti lebih berdisiplin, jujur dan tidak melakukan rasuah, dalam usaha memberi khidmat yang lebih baik kepada negara.
“Kita telah mempunyai perkara ini selama 20 tahun. Ketika saya menjadi perdana menteri, tiada siapa yang mengadu apa-apa dan mereka yang menghadiri kursus ini juga mendapati ia sangat berguna.
“Apa yang kita cuba ajar mereka ialah mereka mesti mempunyai nilai-nilai yang baru, kerana sistem nilai dan budaya yang mereka ada tidak kondusif untuk kejayaan. Saya tidak nampak apa yang salah mengenainya,” kata beliau dipetik Bernama ketika ditemui wartawan di Cyberjaya.

Saturday, October 31, 2009

DENGAN PAS APA PUN BOLEH









DENGAN PAS APA PUN BOLEH,
1. JUAL ARAK BOLEH,
2. BERSEKEDUDUKAN PUN BOLEH,
3. BUKAN ISLAM HINA ISLAM PUN BOLEH, SEBAB MEREKA TAK FAHAM ISLAM
4. PEGANG BABI PUN BOLEH
5. HINA SESAMA ISLAM PUN BOLEH
6. BEKERJASAMA DENGAN ISLAM PUN BOLEH
7. BUAT KANDANG BABI PUN BOLEH
8. TERNAK BABI SECARA BESAR-BESARAN PUN BOLEH, NAK JAGA HATI RAKAN KONGSI
9. TAK PAYAH BUAT HUDUD PUN BOLEH
10. NAK MASUK SYURGA PUN BOLEH

MACAM-MACAM BOLEH........., PARTI POLITIK YANG CUKUP SEKULAR, LIBERAL, BERTOLAK -ANSUR WALAUPUN SANGGUP HINA KETURUNAN RASULULLAH SAW.... DAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.....

APA DAH JADI NIK AZIZ - SEJARAH BERULANG





CONTOH NYATA PENGKHIANATAN TERHADAP UMAT ISLAM.

UMAT ISLAM DUNIA PERLU MEMAHAMI ISLAM DENGAN LEBIH MENDALAM SUPAYA TIDAK TERJEBAK DENGAN GOLONGAN YANG MENGAKU ULAMA ATAU TOK GURU...

NAMA BLOG SAHAJA PUN TIDAK BOLEH MENANDINGI NAMA BLOG TUN DR MAHATHIR. MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI. TAK MALU MENGAKU TOK GURU.

Wednesday, September 23, 2009

SEDARLAH WAHAI UMAT ISLAM

Orang Melayu mudah cair

KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?

Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.
Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.

Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.
Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?

Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.

Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?

Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?

Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.

Terhakis

Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.

Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.

Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.

Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?

Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?

Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.

Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.

Biarkan

Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.

Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.

- Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia